teliti | 1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teliti | 1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut memerhati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menyelidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. memerhati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesaksamaan: dia sedar tentang ~nya menjalankan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, pengkaji, pemeriksa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneliti | 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meneliti | 1. memeriksa (mengkaji, menyelidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. memerhati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneliti | 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. | Kamus Pelajar |
menyemak | 1. mendengar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memahamkan | 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memeriksa | 1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) utk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dll sesuatu: ia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; tugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; 2. menyelidik (mengkaji) utk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dll): doktor yg ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut; bahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; 3. menyiasat (kejadian, perkara, dll), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yg dituduh dll) utk mengetahui kebenarannya (kesalahannya): Jabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; 4. mengamat-amati, mengawasi: beg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon; baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelaah | 1 mempelajari secara mendalam; meneliti: ~ buku-buku tatabahasa Melayu. 2 mengulang pelajaran: Tiap-tiap hari selepas makan malam, dia ~ pelajarannya hingga pukul sepuluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbang-menimbang | 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2. dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |