huru-hara | 1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keadaan) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, kekacau-bilauan: ~ di negara itu telah menjejaskan kedudukan ekonominya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghuru-harakan | 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keadaan) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huru | ; huru-hara 1 keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2 tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~. menghuru-harakan menjadikan (menyebabkan) huru-hara; mengacau-bilaukan: Percubaan mereka utk ~ negara telah gagal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
huru | huru-hara 1. keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~. menghuru-harakan menjadikan (menyebabkan) huru-hara; mengacau-bilaukan: Percubaan mereka utk ~ negara telah gagal. | Kamus Pelajar |