menaklukkan | 1. menyerang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakluki | 1. = menaklukkan menyerang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguasai | 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguasai hawa nafsu | mengekang (mengawal) hawa nafsu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguasai | 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkosa | menundukkan atau menakluk dgn paksa; menguasai dgn paksa; memaksa: ~ negeri orang menyerang dan menguasai negeri orang dgn paksaan; ~ gadis melakukan persetubuhan dgn gadis secara paksa; merogol. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkosa | ; memperkosa menundukkan atau menakluk dgn paksa; menguasai dgn paksa; memaksa: ~ negeri orang menyerang dan menguasai negeri orang dgn paksaan; ~ gadis melakukan persetubuhan dgn gadis secara paksa; merogol. perkosaan 1 tindakan memperkosa negeri orang dll; pelanggaran. 2 tindakan memperkosa (perempuan). pemerkosaan perihal atau perbuatan memperkosa. pemerkosa orang atau pihak yg memperkosa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkosa; memperkosa | menundukkan atau menaklukkan dgn paksa; menguasai dgn paksa; memaksa: ~ negeri orang menyerang dan menguasai negeri orang dgn paksaan; ~ gadis melakukan persetubuhan dgn gadis secara paksa; merogol. perkosaan 1 perihal memperkosa negeri orang dll; pelanggaran. 2 perbuatan memperkosa (perempuan). | Kamus Pelajar |
takluk | takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri; menakluki 1. = menaklukkan menyerang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; tertakluk 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya seluruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah; taklukan(orang dll) yg ditaklukkan, tawanan; penaklukan perihal menaklukkan, penawanan; penakluk orang yg menakluk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kewibawaan | 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadikannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |