Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memonopoli1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuasa1 kemampuan atau kekuatan utk melakukan sesuatu; tenaga; daya: Apa ~ kita menentang pengganas-pengganas yg bermaharajalela di sana? 2 hak yg diberikan (kpd seseorang, persatuan, badan dll) utk mengurus atau utk melakukan sesuatu: Beliau telah diberi ~ menangkap sesiapa yg melanggar undang-undang. 3 hasil yg diperoleh dgn mendarabkan sesuatu nombor dgn nombor itu sendiri beberapa kali: ~ dua, ~ tiga; ~ empat. Dua ~ tiga ialah 2 ´ 2 ´ 2 iaitu 8. ~ air tenaga yg diperoleh drpd air terjun atau air yg mengalir, utk menjalankan jentera dll. ~ atom tenaga yg diperoleh drpd pecahan nukleus. ~ elektrik tenaga elektrik (utk menjalankan jentera dll). ~ ghaib kekuatan yg diperoleh drpd sesuatu yg tidak dpt dilihat; kesaktian. ~ kuda a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. berkuasa mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? menguasai 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. kekuasaan kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. penguasaan perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. penguasa orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menaklukkan1. menye­rang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia;Kamus Dewan Edisi Keempat
menakluki1. = menaklukkan menye­rang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia;Kamus Dewan Edisi Keempat
menguasai1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menguasai1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
poliglot1. mengetahui, menguasai, atau me­ngandungi banyak bahasa; 2. orang yg dapat bertutur dlm beberapa bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
takluktakluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri; menakluki 1. = menaklukkan menye­rang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; tertakluk 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya se­luruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah; taklukan(orang dll) yg ditaklukkan, tawan­an; penaklukan perihal menaklukkan, pena­wan­­an; penakluk orang yg menakluk.Kamus Dewan Edisi Keempat
perkosa; memperkosa menundukkan atau menakluk dgn paksa; menguasai dgn paksa; memaksa: ~ negeri orang menyerang dan menguasai negeri orang dgn paksaan; ~ gadis melakukan persetubuhan dgn gadis secara paksa; merogol. perkosaan 1 tindakan memperkosa negeri orang dll; pelanggaran. 2 tindakan memperkosa (perempuan). pemerkosaan perihal atau perbuatan memperkosa. pemerkosa orang atau pihak yg memperkosa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggagahi1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas