Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyem.pit] | مڽمڤيت

Definisi : menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyem.pit] | مڽمڤيت

Definisi : 1 menjadi sempit; lw meluas. 2 berada di sesuatu tempat dan membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempit (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet,
Berantonim dengan luas.

3. Dalam konteks lipatan
bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas,
Berantonim dengan merata

4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat,
Berantonim dengan kaya

Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyempit1 menjadi sempit; lw meluas. 2 berada di sesuatu tempat dan membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyempitmenjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyempit2 membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja.Kamus Pelajar
menyempit1 menjadi sempit; lw meluas.Kamus Pelajar
sempitmenyempitKamus Pelajar
sempit1 tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan): Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yg ~. 2 ki serba sedikit atau serba kurang (bkn wang, pengetahuan dll); picik (bkn fikiran dll); penuh sesak (bkn sesuatu tempat dsb): Kerana hidupnya ~, dia terpaksa bekerja lebih keras drpd biasa. bersempit-sempit duduk berasak-asak kerana sempit; bersesak-sesak: Bilik belakang masih lapang, jangan ~ di sini. menyempit 1 menjadi sempit; lw meluas. 2 berada di sesuatu tempat dan membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja. menyempitkan menjadikan sempit: Janganlah ~ fikiran dgn mengikut ajaran-ajaran salah itu. kesempitan 1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb). penyempitan perbuatan atau hal menyempitkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sempit1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat (pakaian): di kiri kanan lorong yg ~ itu terdiri beberapa buah rumah; memakai seluar yg ~; 2. ki cetek atau picik (pandangan, fikiran, dll), dangkal: fikirannya ~; 3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus: perkataan agen dlm konteks racun kulat mempunyai erti yg ~; 4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dll), susah (penghidupan dsb): semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya; sejak kam-pung itu dihitamkan, kehidupan penduduk-nya semakin ~;~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; ~ alam Mn pemarah; ~ dada lekas marah; ~ hati lekas marah, tidak sabar; ~ kening mudah tersinggung; bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak: hidup ~ dlm sebuah rumah kecil; menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja; menyempitkan 1. menjadikan sempit, me-ngurangkan keluasan (sesuatu), me­ngecilkan: pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisah-kan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang; 2. ki menjadikan sempit, mengurangkan (me­ngecilkan dsb), menyusah-kan, menyesakkan, membataskan: perkara ini tidak ~ perjalanan nafas; biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya; secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat drpd pergerakan belia; mempersempit menjadikan lebih sempit; kesempitan 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; penyempitan perbuatan menyempitkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas