memuramkan | menjadikan muram, menyebabkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muram | 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kelam; suram: Cuaca ~ saja hari ini dan matahari pun tidak kelihatan. 2 tidak berseri (bkn air muka); masam: Mukanya ~ saja selepas kena marah. 3 tidak bahagia; menderita; sengsara: Hidupnya menjadi ~ semenjak kematian | Kamus Pelajar |
muram | 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram: hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun spt Malaysia; bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang; memuramkan menjadikan muram, menyebabkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu; kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isteri-nya yg masih cuba menyembunyikan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muram | 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kelam; suram: Cuaca ~ saja hari ini dan matahari pun tidak kelihatan. 2 tidak berseri (bkn air muka); masam: Mukanya ~ saja selepas kena marah. 3 tidak bahagia; menderita; sengsara: Hidupnya menjadi ~ semenjak kematian suaminya. bermuram, = ~ durja bermasam muka; bersedih. memuramkan menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. kemuraman keadaan muram; kesuraman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malap | 1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~ menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb); memalapkan 1.menjadikan malap, memudarkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan ke-gemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat; kemalapan 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau PhD; pemalap = ~ lampu peranti utk mengubahubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencerahkan | 1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan: cahaya lilin mencerahkan ruang yang kecil itu; 2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan: mencerahkan kaca; 3. menjadikan cerah (tidak hitam): mencerahkan kulit; 4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan: berita itu mencerahkan wajahnya yang tadinya agak muram; 5. menjadikan cerah (baik, elok, dan sebagainya), membahagiakan (kehidupan dan sebagainya): mencerahkan kehidupannya sekeluarga; pelaburan ini akan mencerahkan pertumbuhan ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemuraman | keadaan muram; kesuraman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memuramkan | menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
udam | ark muram, suram: sari merah yg sudah ~ coraknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guram | Jk muram, suram, tidak berkilau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |