Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
padanan1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris;Kamus Dewan Edisi Keempat
padan I1. banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yg ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yg ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (bkn pakaian spt baju, seluar, dsb), muat: baju yg baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; sepadan kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; kesepadanan keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn perwakilannya; berpadan 1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~ dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah; berpadanan 1. padan atau kena antara satu sama lain: khusus utk mereka yg gemar mengenakan barang perhiasan yg ~, dihasilkan barang-barang kemas yg lengkap dgn jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yg tengah naik; memadan memperbandingkan dua benda atau lebih (utk melihat persamaannya, perbe­zaannya, dll): maka juaranya pun pergilah ~ ayam kpd juara yg di gelanggang itu; tidak ~-madan tidak mengira-ngira, tidak mengagak-agak atau menimbang-nimbang (kesesuaian diri sendiri, hati orang, dll); memadankan 1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain), menyesuaikan, menyelaras­kan: ~ dirinya utk menerima segala perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk menge­tahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu dgn anaknya; 3. mem­berikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu: percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya; padanan 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; pemadanan perihal memadankan sesuatu, penyesuaian, perbandingan: ~ konsep yg wujud dlm fikiran dgn penyataannya yg diterbitkan dlm bentuk kata; pemadan sesuatu yg memadan(kan); garisan ~ garisan (pd kain jahitan) tempat dijahit.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekinian1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
koheren(kohéren) 1. berhubungan, bersangkut paut: kita harus membentuk padanan kata yg ~; 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sese­buah wacana) supaya mudah difahami.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbalan1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbang­an, bandingan, tara, padanan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sesuai1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. ber­padanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kinisekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
memadankan1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain), menyesuaikan, menyelaras­kan: ~ dirinya utk menerima segala perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk menge­tahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu dgn anaknya; 3. mem­berikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu: percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pembanding(comparator)1. Peranti yang digunakan untuk membandingkan dua unsur bagi menentukan sama ada satu unsur lebih besar, sama besar, atau lebih kecil daripada yang satu lagi. 2. Litar yang membandingkan dua isyarat dan menunjukkan sama ada kedua-dua isyarat mempunyai nilai yang sama atau tidak. 3. Rutin dalam atur cara yang digunakan untuk membandingkan kunci atau data rujukan dengan kunci atau data di dalam dokumen. Rutin ini digunakan untuk mencari padanan dalam gelintaran.Kamus Komputer
padan1 lawan yg sepatutnya atau yg sama besarnya dll; banding; tara: Orang itu bukan ~nya bergusti. 2 = sepadan sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. 2 dpt dipakai kerana sesuai ukurannya atau besarnya; muat: Kasut ini terlalu besar, tidak ~ dgn saya. berpadanan tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya. memadankan 1 menjadikan padan; menyesuaikan: Dia ~ dirinya dgn segala perubahan. 2 mencuba-cuba supaya diketahui padan tidaknya; membandingkan utk mengetahui padan tidaknya: Dia ~ sepatu itu dgn kakinya. padanan sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. kepadanan hal padan; kesesuaian: ~ pakaian yg dipakai dgn majlis yg dihadiri adalah penting bagi kebanyakan wanita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas