pancaragam | 1. sl bermacam-macam ragam; 2. muzik, bunyi-bunyian; 3. pasukan (kumpulan) pemain muzik: sebuah ~ mengikuti perarakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orkes | /orkés/ 1 pasukan pancaragam yg kecil bilangan pemain muziknya (biasanya setiap pemuzik hanya bermain satu jenis alat muzik). 2 bunyi-bunyian; muzik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orkes | (orkés) 1. pasukan pancaragam yg kecil bilangan ahli muziknya (biasanya setiap pemuzik memainkan hanya satu jenis alat muzik): ~ Ahmad Wan Yet; O~ Sinar Murni; 2. bunyi-bunyian, muzik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambus | 1. sj kecapi Arab yg bertali enam (dimainkan dgn iringan gendang); 2. = orkes ~ Id pancaragam yg terdiri drpd gambus, harmonium dsb yg memainkan lagu-lagu Arab; lagu ~ lagu yg dimainkan oleh pancaragam gambus; tarian ~ tarian dgn iringan gambus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orkes /orkés/ | 1 pasukan pancaragam yg kecil bilangan pemain muziknya (biasanya setiap pemuzik hanya bermain satu jenis alat muzik). 2 bunyi-bunyian; muzik. | Kamus Pelajar |
nobat | 1 sj gendang besar yg biasanya dibunyikan ketika menabalkan raja. 2 sj pancaragam Melayu yg biasanya bermain ketika raja ditabalkan dll. menobatkan menjadikan raja; menabalkan. penobatan perbuatan atau hal menabalkan raja; penabalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengacarakan | 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacarakan pd malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nobat | 1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyian sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg bermain ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun berhentilah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin); menobatkan menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; penobatan perihal atau perbuatan menobatkan, penabalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nobat | 1 sj gendang besar yg biasanya dibunyikan ketika menabalkan raja. 2 sj pancaragam Melayu yg biasanya bermain ketika raja ditabalkan dll. menobatkan menjadikan raja; menabalkan. penobatan perbuatan atau hal menabalkan raja; penabalan. | Kamus Pelajar |
acara I | 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan menyusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yg teristimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id memeriksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengendalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai percakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ percakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacarakan pd malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |