leftenan | /léftenan/ 1 (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten: ~ jeneral (pangkat) pegawai tentera di bawah jeneral; ~ kolonel (pangkat) pegawai tentera yg tinggi sedikit drpd mejar; ~ muda (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg paling rendah. 2 (pangkat) pegawai tentera laut yg tinggi sedikit drpd naib leftenan. ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leftenan | (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera laut; ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm tentera (bagi pegawai yg bertauliah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koperal | 1. pangkat dlm pasukan tentera yg tarafnya setingkat lebih tinggi drpd lans koperal (dua tingkat lebih tinggi drpd prebet); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd lans koperal polis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lans koperal | 1. (pangkat) pegawai tidak bertauliah yg paling rendah (dlm tentera); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd konstabel polis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapten | 1. (pangkat) pegawai bertauliah dlm tentera darat dan tentera udara yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd leftenan dan setingkat lebih rendah drpd mejar; 2. (pangkat) pegawai bertauliah kanan dlm tentera laut yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd komander dan setingkat lebih rendah drpd laksamana pertama (setaraf dgn kolonel dlm tentera darat dan tentera udara); 3. juruterbang kanan yg bertanggungjawab mengendalikan operasi sesebuah pesawat terbang awam; 4. = ~ kapal orang yg mengendalikan operasi kapal dagang atau kapal penumpang, nakhoda kapal; 5. orang yg mengetuai sesuatu pasukan permainan (spt bola sepak, hoki dsb), ketua pasukan; 6. orang yg diberi kuasa memimpin sesebuah pertubuhan, kumpulan dsb: pengurus merupakan ~ dlm sesebuah firma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lans korporal | 1 pangkat (atau pegawai) yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd konstabel polis. 2 pegawai tidak bertauliah yg paling rendah dlm tentera, atau pangkat yg disandangnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepujian | 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertingkat-tingkat | 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 berpangkat-pangkat atau berkelas-kelas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
promosi | 1. kenaikan pangkat, naik pangkat dll; 2. Id (upacara) penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb); mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memindahkan | 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |