desa | (désa) 1. kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik, daerah pedalaman (kawasan hulu atau pelosok negeri): sudah lama dia berhajat hendak pulang ke ~, tetapi masa belum terluang baginya utk berbuat demikian; guru ~ Id guru sekolah kampung (rakyat); sekolah ~ Id sekolah kampung (rakyat); 2. sl daerah, kawasan, tempat: tandang ~ pergi ke merata-rata tempat; mendesa sl melalui (merentasi) desa: jikalau kita berjalan menurut pesisir ini, sebulan lamanya, dan jikalau berjalan ~, dua puluh hari; kedesaan spt orang desa (sifatnya, orangnya); pedesaan kawasan desa: kawasan kampus tetap UKM adalah hutan dara berbukit-bukit seluas 1096 hektar dan terletak di ~ Bangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rantau I | 1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau mengembara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedalaman | daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daerah pedalaman | daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelosok | tempat yg di merata-rata letaknya; ceruk; rantau: Beliau telah menjelajah ke seluruh ~ negeri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelosok | tempat yg di merata-rata letaknya; ceruk; rantau: Beliau telah menjelajah ke seluruh ~ negeri. | Kamus Pelajar |
sudut | 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. | Kamus Pelajar |
daerah | (daérah) 1. lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk kemudahan pentadbiran: negeri Melaka terbahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg mengurus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg mendapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menyeluruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; pengajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudut | 1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalam I | 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauhnya) ke tengah dr tepi atau pinggir sesuatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ maknanya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ keluarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya: baju ~; seluar ~; ~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yg dinyatakan): digalinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = memperdalam ki menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan profesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |