pemeringkatan | perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemeringkatan tuntut(demand staging) | Pemindahan data atau blok ingatan dari ingatan sokongan ke ingatan utama hanya apabila diminta oleh atur cara yang sedang berjalan. | Kamus Komputer |
pemeringkatan jangkaan(anticipatory staging) | Pemindahan data atau blok ingatan yang dijangka diperlukan oleh atur cara yang sedang berjalan, dari ingatan sokongan ke ingatan utama. Tindakan ini bertujuan mengelakkan atur cara daripada menunggu lama untuk mendapatkan data atau blok ingatan yang diperlukan. | Kamus Komputer |
penyulingan berperingkat | (Kim) penyulingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn menggunakan turus pemeringkatan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyulingan | perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn menggunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk mengasingkannya drpd bahan yg tidak meruap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suling II | 1. = sulingan cairan yg diperoleh drpd wap (sesuatu yg direbus, dikukus, dll); air ~ = air sulingan air drpd wap air yg disejukkan; 2. Br alat drpd tanah liat utk mendapatkan suling; menyuling mengewapkan sesuatu (minyak dll) dan kemudian menyejukkannya hingga menjadi cairan, membuat wap jadi cairan: di negeri Arab, air minum disuling drpd air laut; sulingan cairan yg diperoleh dgn cara menyuling, suling; penyulingan perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn menggunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk mengasingkannya drpd bahan yg tidak meruap; penyuling alat utk menyuling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peringkat | 1. batas yg sudah dicapai (dlm sesuatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), tingkat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, kelas, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, kemajuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi peringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |