penggal | 1. kerat, potong: empat ~ tebu; 2. sebahagian drpd buku (kutipan cerita dll), bahagian, jilid; 3. bahagian drpd masa pengajian setahun (di sekolah dll): cuti ~ pertama adalah pd bulan April; 4. = terpenggal: kepalanya gugur ke bumi, tubuhnya ~ dua; 5. Kl gagal, kecewa; berpenggal-penggal 1. berkerat-kerat, berpotong-potong; 2. terdiri drpd atau meliputi beberapa bahagian; berpenggalan dikerat-kerat atau dipotong-potong (kepalanya); memenggal 1. memotong, memancung, mengerat: ia menghunus pedangnya, menghampiri Militza dgn maksud hendak ~ lehernya; ~ lidah ki memotong percakapan orang, menyampuk; 2. membahagi dlm bahagian-bahagian (cerita dll); terpenggal sudah dipenggal, terpancung; penggalan 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; pemenggalan perbuatan memenggal; pemenggal 1. orang yg memenggal (kepala); 2. alat utk memenggal (kepala). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggalan | 1. keratan, potongan; 2. bahagian (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potongan | 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
but(boot) | 1. Proses menghidupkan sistem komputer, sama ada secara but hangat atau but sejuk. 2. Bentuk penggalan ikat but. | Kamus Komputer |
penggal | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungnya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggal | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg sudah dipotong atau dikerat; kerat; potong: Saya memberikan dua ~ tebu kpdnya. 2 sebahagian drpd sesuatu buku: Hikayat Hang Tuah edisi Shellabear telah diterbitkan dlm empat ~. 3 bahagian masa pengajian sekolah dlm satu-satu tahun: Temasya olahraga itu akan diadakan pd penghujung ~ kedua nanti. memenggal 1 memotong atau mengerat; menetak (kepala): Mereka ~ kepala musuh lalu menggantungkannya di pintu rumah. 2 membahagikan kpd beberapa bahagian. penggalan bahagian yg dipenggal. | Kamus Pelajar |
kasih I | 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaulannya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaannya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), menyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusapusap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong | 1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (lakilaki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpenggal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, perjalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (melintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal dsb), pengeratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |