peringkat | 1. batas yg sudah dicapai (dlm sesuatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), tingkat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, kelas, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, kemajuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi peringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peringkat | 1 had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd ~ menteri akan diadakan tidak lama lagi. berperingkat mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. memeringkatkan membahagikan kpd beberapa peringkat; mengadakan peringkat-peringkat: Seterusnya biji ini diperingkatkan mengikut besar kecilnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
darjah | 1 peringkat (tingkat) di sekolah: Dia baru di ~ dua tahun ini. 2 satuan ukuran suhu (sudut dll): Air akan beku jika suhunya jatuh pd 0 ~ Celsius (32 ~ Fahrenheit). Satu sudut tepat ialah 90 ~. 3 peringkat (taraf) yg menunjukkan paras sesuatu keadaan, pencapaian dll; tingkatan: Dia berusaha utk meninggikan ~ pencapaiannya dlm pelajaran. berdarjah belajar dlm darjah tertentu; berkelulusan darjah tertentu: Mereka memerlukan orang yg ~ sembilan utk memenuhi jawatan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gred | /gréd/ 1 peringkat atau darjah sesuatu nilai dll; mutu: Padi itu dibeli dgn harga yg ditetapkan mengikut ~ masing-masing. 2 kelas bagi barang-barang yg sama jenisnya: Getah asli dikeluarkan dlm berbagai-bagai bentuk dan ~. 3 peringkat atau tingkatan kelulusan (dlm peperiksaan dll): Ani mendapat ~ pertama dlm peperiksaan SPM. menggredkan membahagi-bahagikan mengikut gred: Pekerja itu ~ telur mengikut saiznya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peringkat | 1 had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd ~ menteri akan diadakan tidak lama lagi. berperingkat mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. memeringkatkan membahagikan kpd beberapa peringkat; mengadakan peringkat-peringkat: Seterusnya biji ini diperingkatkan mengikut besar kecilnya. | Kamus Pelajar |
kualiti | 1 peringkat kebaikan atau nilai sesuatu, biasanya tinggi: tahap kecemerlangan (yg tinggi): Kita mestilah memilih bahan bacaan yg ada ~. Kehidupan yg mementingkan ~. 2 keadaan sesuatu benda; buruk baik sesuatu: Para pelanggan mempersoalkan ~ barangan tsb. berkualiti baik kualitinya; tinggi nilainya: Dia enggan membeli barang-barang yg tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subsidiari | 1. (peringkat) yg lebih rendah, kelulusan pd atau lulus sebahagian drpd sesuatu mata pelajaran (dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan): mendapat kelulusan peringkat ~ dlm mata pelajaran Ekonomi; 2. = syarikat ~ anak syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedua | 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-duanya, keduanya dua-dua(nya): kedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkatan | 1 peringkat; kelas; taraf (kedudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
generasi | /génerasi/ 1 peringkat dlm sesuatu keturunan (keluarga). 2 masa (lebih kurang 30 tahun) dr seseorang itu dilahirkan, berkahwin dan mempunyai anak: Satu ~ yg lalu. 3 sekalian orang yg hidup dlm masa yg lebih kurang sama dan mereka juga lebih kurang sebaya atau seumur: ~ muda; ~ yg akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |