positif | 1 tidak diragui lagi; tentu. 2 gambar (yg diambil dgn kamera) yg sudah jadi. 3 bernilai lebih drpd kosong. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih banyak protonnya dan kurang elektronnya (lw negatif). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
positif | 1 tidak diragui lagi; tentu. 2 gambar (yg diambil dgn kamera) yg sudah jadi. 3 bernilai lebih drpd kosong. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih banyak protonnya dan kurang elektronnya (lw negatif). | Kamus Pelajar |
elektropositif | /eléktropositif/ ist 1 bkn elektrik yg mempunyai cas positif. 2 bkn unsur yg mempunyai kecenderungan utk membebaskan elektron dan membentuk ion positif dlm tindak balas kimia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
positif | 1. pasti, tegas, tentu, tetap; 2. lwn negatif (elektrik dll); 3. gambar yg diambil dgn kamera yg sudah jadi (bukan pd filem), gambar foto yg sebenarnya (bukan negatif); 4. memperlihatkan (mengemukakan, menekankan, dsb) sesuatu yg baik atau yg boleh mendatangkan manfaat dsb: sikap-sikap ~; mempositifkan menjadikan positif (pasti, baik, membina dsb): beberapa langkah perlu diambil utk ~ pengaruh media dan komunikasi terhadap keluarga dan remaja; anda perlu ~ pemikiran anda; kepositifan perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ion | (Kim) atom atau kumpulan atom yg bercas elektrik; ~ hidrogen ion positif yg terhasil apabila atom hidrogen hilang elektronnya, proton; ~ karbonium ion organik yg mengandungi karbon bercas positif; mengion bertukar menjadi ion: molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat; mengionkan menukarkan atau menyebabkan sesuatu menjadi ion: sinaran yg masuk ke dlm kebuk ini akan ~ molekul udara pd jejak laluannya; pengionan proses mengion atau mengionkan: unsur logam mempunyai nilai keupayaan ~ yg rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub I | 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerak balas | (Bio) sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~ positif tumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari) gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari); bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub positif | (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas positif | kertas gambar foto; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
proaktif | bersikap positif dgn merangka dan mengawal tindakan yg dilakukan jauh lebih awal drpd jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian: Mereka mesti ~ dlm menjalankan tugas masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |