racun | 1. bahan yg berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; perbuatan spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga; beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya; meracuni 1. membubuh racun pd: dia berteriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, membinasakan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah; keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; peracunan perihal meracun (meracuni); peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
racun | 1 sesuatu yg berbisa dan dpt mematikan atau mencederakan jika termakan: Beliau mati kerana termakan ~. 2 ki sesuatu yg dpt merosakkan batin atau fikiran: Sekarang ini telah banyak filem yg menjadi ~ kpd jiwa masyarakat. beracun ada racunnya: makanan yg ~. meracun 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. meracuni menjadi spt racun pd; mengganggu dan merosakkan (hati dll): Senyumnya yg manis ~ hati. Buku-buku lucah ~ fikiran anak-anak muda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meracun | 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meracun | 1membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. | Kamus Pelajar |
racun | 1 sesuatu yg berbisa dan dpt mematikan atau mencederakan jika termakan: Beliau mati kerana termakan ~ 2 ki sesuatu yg dpt merosakkan batin atau fikiran: Sekarang ini telah banyak filem yg menjadi ~ kpd jiwa masyarakat. beracun ada racunnya: makanan yg ~. meracun 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. meracuni menjadi spt racun pd; mengganggu dan merosakkan (hati dll): Senyumnya yg manis ~ hati. Buku-buku lucah ~ fikiran anak-anak muda. | Kamus Pelajar |
bisa I | 1 zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2 ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb: Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~ kpd masyarakat kita. 3 dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4 ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1 mempunyai zat racun: ular ~. 2 ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meracuni | 1. membubuh racun pd: dia berteriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, membinasakan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisa I | 1. zat racun yg terdapat pd binatang dll dan dpt mencederakan atau dpt mematikan benda-benda hidup: Ular itu ditangkap dan kemudian dikeluarkan ~nya. 2. ki sesuatu yg buruk yg dpt merosakkan akhlak dsb:Pengaruh budaya kuning spt itu hanya akan menjadi ~kpd masyarakat kita. 3. dpt mendatangkan mudarat atau dpt menimbulkan rasa sakit yg amat sangat: Aduh! ~ sungguh duri ini. 4. ki dpt menyakiti perasaan (ttg kata-kata); pedas; kesat: Budak perempuan yg kurus itu memang ~ mulutnya. berbisa 1. mempunyai zat racun: ular ~. 2. ki ada sesuatu unsur jahat dan dpt merosakkan atau menjerumuskan orang lain: Mulutnya ~. | Kamus Pelajar |
pelet III | (pélét) 1. bahan makanan ternak yg berbutir-butir: ~ ikan; 2. benda yg berbutir-butir: racun jenis ~ lebih berkesan kerana ia dapat membebaskan racun serangga secara perlahan-lahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termakan | 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |