ranap | I 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk penebal prb pencarian tambahan selain gaji (tetap); meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia; keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meledos | 1. meletup, pecah; 2. runtuh (bangunan dll), rosak binasa, ranap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ledos | (lédos) Jk; meledos 1. meletup, pecah; 2. runtuh (bangunan dll), rosak binasa, ranap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
darab | 1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pendekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali (mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya); mendarab, mendarabkan mengalikan, memperkalikan: bagaimanakah memperoleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? pendaraban proses mendarab atau mendarabkan sesuatu; pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian, pengali (dlm kira-kira). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijuk | sj serabut yg berwarna hitam pd pangkal pelepah enau (boleh dibuat tali dan atap); atap ~ atap yg dibuat drpd ijuk; tali ~ tali yg dibuat (dipintal) drpd ijuk; ~ sebelembang, tali di situ keluan di situ prb, Mn pencarian yg tidak memadai pd hal tanggungan banyak; bagai mencari kutu dlm ~ prb terlalu susah hendak mencari sesuatu (orang dll); ranap pertulang ~ penebal prb pencarian tambahan (bukan utk penghidupan); tampak ~ tak bersagar, lurah tak berbatu prb, Mn seseorang yg tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yg dimalui (ditakuti) orang; mengijuk macam ijuk (bkn misai); terijuk Mn 1. kecewa; 2. mendapat malu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |