ranjau cacak | ranjau yg dipasang tegak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyapu | alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranjau hidup | kesusahan yg ditempuh dlm hidup: Ia orang tua yg banyak pengalaman dan telah menempuh segala ~ hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ranjau pers | Id undang-undang yg menyekat kebebasan akhbar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranjau hidup | kesukaran (percubaan dll) yg harus ditempuh oleh seseorang dlm hidupnya: Hendon lebih lama berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ~ dan jurang hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranjau lapuk | tipu muslihat yg tersembunyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyapu ranjau | kapal utk membersihkan ranjau di laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerancang | ; bercerancang mencuar tajam spt ranjau dll. bercerancang-cerancang mencuar-cuar tajam spt ranjau dll: Cerun-cerunnya curam dan pemandangannya ~ disebabkan oleh tindakan fros. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerancang | ;bercerancang mencuar tajam spt ranjau dll. bercerancang-cerancangan mencuar-cuar tajam spt ranjau dll: Cerun-cerunnya curam dan pemandangannya ~ disebabkan oleh tindakan fros. | Kamus Pelajar |
ranjau | 1. benda tajam (drpd besi, buluh, dll) yg dipasang di tanah dll utk melukai orang: jalan yg akan ditempuhinya itu penuh dgn duri dan ~; 2. sj alat letupan (peledak) yg ditanam di darat (dipasang di laut): ~ darat; ~ laut; banyak kapal yg tenggelam kerana melanggar ~ laut; kapal penyapu ~ kapal yg mengesan dan memusnahkan ranjau laut; 3. ki sesuatu yg dibuat utk mencelakakan orang, tipu daya; ~ lapuk tipu muslihat yg tersembunyi; 4. ki = ~ hidup kesukaran (percubaan dll) yg harus ditempuh oleh seseorang dlm hidupnya: Hendon lebih lama berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ~ dan jurang hidup; ~ cacak ranjau yg dipasang tegak; ~ pers Id undang-undang yg menyekat kebebasan akhbar; duduk meraut ~, berdiri melihat musuh = duduk meraut ~, tegak meninjau jarah prb sentiasa berusaha (berwaspada dll); meranjau 1. memasang ranjau: ~ jalan; 2. melukai (kaki dll): anak duri ~ tapak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |