pontang-panting | 1. bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir; 2. berlari tunggang-langgang (lintang-pukang); 3. berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, bangun tergesa-gesa; berpontang-panting berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, pontang-panting; memontang-mantingkan 1. mengucar-ngacirkan, menyerak-nyerakkan; 2. mengguling-gulingkan, melempar-lemparkan, menghumbankan; terpontang-panting berlari tunggang-langgang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpontang-panting | berlari rebah bangun; rebah berguling-guling. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpontang-panting | berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, pontang-panting; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pontang | ; pontang-panting bertaburan di sana sini, berselerak; kucar-kacir. berpontang-panting berlari rebah bangun; rebah berguling-guling. terpontang-panting berlari cepat-cepat dgn tidak mempedulikan apa-apa; berlari tunggang-langgang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rebah bangun | sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu, puteri malu, semalu, Mimosa pudica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jatuh bangun | a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebah II | ; ~ bangun sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu, puteri malu, semalu, Mimosa pudica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbingkas | 1. melenting, menganjal: kecubung rebah, petikan ~; 2. bangun (berdiri, meloncat, dll) dgn cepat: ia pun ~ drpd tidurnya; ia ~ melepaskan diri drpd pegangan orang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bingkas | 1. melenting, menganjal: kecubung rebah, petikan ~; 2. bangun (berdiri, meloncat, dll) dgn cepat: ia pun ~ drpd tidurnya; ia ~ melepaskan diri drpd pegangan orang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jatuh | 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, tersungkur, tertiarap); pandai ~ dapat mengelakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, bertepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pangkat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh kesenangan (kekayaan dll); b) walaupun mendapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id mendapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (waktunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (diharapkan); biar ~ terletak, jangan ~ terhempas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, menumbangkan: parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd menghukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut mendapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |