Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
runtuh
1. Bersinonim dengan roboh: ranap, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, rahak, rebak, terjelabak,

2. Bersinonim dengan binasa: musnah, jahanam, hancur, ranap, jatuh, terguling,

Kata Terbitan : meruntuhkan, keruntuhan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
runtuh1 jatuh kerana rosak dll; roboh (bkn bangunan dll): Banyak rumah yg ~ akibat angin puting beliung. 2 jatuh ke bawah; gugur (bkn buah-buahan); melungsur (bkn tanah): Kerana hujan lebat, tanah di lereng bukit itu ~. 3 ki rosak atau hancur sama sekali (bkn cita-cita, harapan dll): Kerajaan empayar Jerman yg ketiga telah ~ dlm tahun 1945. meruntuhkan 1 menjadikan runtuh (bkn bangunan); merobohkan: Bom atom telah ~ kota Hiroshima. 2 menyebabkan gugur atau melungsur: Aliran air yg deras telah ~ tebing sungai itu. 3 ki menjadikan rosak; membinasakan; menghancurkan (kekuasaan dll): Segala usaha mereka hendak ~ ekonomi negara kita telah gagal. runtuhan benda atau sesuatu yg telah runtuh; bangunan dll yg runtuh. keruntuhan 1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh. peruntuh yg meruntuhkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terban1. runtuh (rumah, tanah, dll), roboh: hampir semua permatang ~; 2. ki rosak binasa, musnah sama sekali; ~ bumi tempat berpijak prb putus harapan kerana hilang tempat ber­gantung.Kamus Dewan Edisi Keempat
runtuh1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, ha­rap­­an, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~ akhlaknya orang yg rosak akhlaknya; langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb ke-hilangan orang tempat me­numpang hidup; meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll); meruntuhkan 1. merosakkan dan men­jatuhkan, merobohkan: sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2. menye­babkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan, membinasakan, me­rosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll), menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~ seluruh kehidupannya; ~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang; runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil; keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; peruntuh ark orang yg meruntuhkan: se­karang dia akan jadi ~ pula, akan me­runtuhkan kemanusiaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
keruntuhan1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
runtuh1 jatuh kerana rosak dll; roboh (bkn bangunan yg lama dll): Banyak bangunan yg ~ akibat angin puting beliung. 2 jatuh ke bawah; gugur (bkn buah-buahan); melungsur (bkn tanah): Kerana hujan lebat tanah di lereng bukit itu ~. 3 ki rosak atau hancur sama sekali (bkn cita-cita, harapan dll): Kerajaan empayar Jerman yg ketiga telah ~ dlm tahun 1945. meruntuhkan 1 menjadikan runtuh (bkn bangunan); merobohkan: Bom atom telah ~ kota Hiroshima. 2v menyebabkan gugur atau melungsur: Aliran air yg deras telah ~ tebing sungai itu. 3 ki menjadikan rosak; membinasakan; menghancurkan (kekuasaan dll): Segala usaha mereka hendak ~ ekonomi negara kita telah gagal. runtuhan benda yg telah runtuh; bangunan dll yg runtuh.Kamus Pelajar
keruntuhan1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meruntuhkan1 menjadikan runtuh (bkn bangunan); merobohkan: Bom atom telah ~ kota Hiroshima. 2 menyebabkan gugur atau melungsur: Aliran air yg deras telah ~ tebing sungai itu. 3 ki menjadikan rosak; membinasakan; menghancurkan (kekuasaan dll): Segala usaha mereka hendak ~ ekonomi negara kita telah gagal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meruntuh1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
terbis1. ark runtuh (lereng gunung, tepi jurang, dll), roboh, terban; 2. ark lereng gunung (jurang dll), tambak pd tebing parit dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
roboh1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, ke­kua­saan, dll); 4. membinasakan, me­luntur­kan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, ke­runtuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan me­roboh­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas