Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sayu (adjektif)
1. Bersinonim dengan sedih: sayu rayu, sayu rawan, pilu, gundah, hiba,

2. Bersinonim dengan kuyu: muram, suram,

Kata Terbitan : menyayukan, kesayuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dayu; mendayu 1. = mendayu-dayu sayu (-sayu), sayup-sayup kedengaran (bkn bunyi yg berirama, suara, dsb); 2. = mendayu-dayu berbunyi sayu-sayu atau sayup-sayup: biola ~ melagukan Seri Mersing; 3. = men­dayukan menyanyikan (lagu yg sayu) utk menidurkan anak, menguliti (menyanyikan) anak supaya tidur, mendondong.Kamus Dewan Edisi Keempat
sayu1. = ~ rawan = ~ rayu perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll): hatinya mengkal bercampur ~; ia selalu merindui anak itu dgn ~ rawan; 2. tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka): matanya layu, pemandangan ~; 3. tidak nyaring (suara), lembut dan menyedihkan; bersayu-sayu sedih (suara dll), sedih benar: dia merayu ~; menyayu menjadi sayu (sedih dll): tangan-nya meraba-raba perutnya yg sakit itu dan suaranya ~; menyayukan menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dll), menyedihkan, menghibakan: Lamah memeluknya dgn ratapan yg ~, suaranya hampir tidak dapat didengar; kesayuan perihal sayu (sedih, pilu, dll), kesedihan, kepiluan: masa utk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; aku juga merasai ~ yg dirasai oleh mereka itu; penyayu orang yg mudah berasa sayu: dia seorang gadis yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sayu1 = ~ rawan (rayu) (berasa) sangat sedih dan pilu; (berasa) sangat dukacita atau hiba: ~ hatiku mendengar tangis anak itu. 2 perasaan sedih dan pilu; hiba: Bernyanyi dgn ~. 3 tidak berseri (bkn air muka, mata dll); muram; tidak nyaring (bkn suara): Mukanya pucat, matanya ~. menyayukan menyebabkan menjadi sayu; menyedihkan; menghibakan: Apa yg ~ hatimu? kesayuan hal atau keadaan sayu; perasaan sayu: ~ jelas terbayang pd wajahnya yg kelihatan muram.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rayu I1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sayu1 = ~ rawan (rayu) (berasa) sangat sedih dan pilu; (berasa) sangat dukacita atau hiba: ~ hatiku mendengar tangis anak itu.Kamus Pelajar
keluh-kesah1. kata-kata dsb yg melahir­kan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kese­dihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), geli­sah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb, Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
melankolis1. berasa atau mem­perlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan meng­harukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
melankolik, melankolis 1. berasa atau mem­perlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan meng­harukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuyu1. tidak berseri, muram, suram (muka); 2. = mata ~ tertutup sedikit, hampir-hampir pejam (mata): matanya yg tadi ~ dan mengantuk kini cerah semula; 3. = hati ~ sedih, dukacita, sayu; 4. Mn penakut, pengecut; kekuyuan menjadi kuyu: matanya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkecamuk1. menjadi hebat (peperangan, perjuangan, dll), menghebat, menjadi-jadi, merajalela: ketika itu perang dunia sedang ~; 2. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan, dll), kacau-bilau: perasaannya ~, cemas, duka, gembira, dan sayu; berbagai-bagai ingatan ~ dlm kepalanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas