siap | 1. sudah sedia (pakaian, makanan, dll), sudah disediakan, mustaid: makanan sudah ~; 2. selesai (dibuat dll): ibuku sudah ~ bertanak dan menggulai; 3. = ~ sedia = ~ siaga sudah bersedia utk (melakukan sesuatu dll): mereka sudah ~ utk menghadapi tugas; 4. = bersiap Id jaga sedia!, jaga baik-baik! (perintah dlm tentera); bersiap 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, berwaspada: setelah kelihatan itu, maka masingmasing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); bersiap-siap, bersiap-siapan membuat persediaan, berlengkap-lengkap, bersediasedia: negeri Kuripan sedang ~ utk perkahwinan tuan puteri; bersiapkan sl = mempersiapkan: Yang Di-pertuan Muda pun menyuruh ~ segala kelengkapannya; menyiapkan, mempersiapkan 1. menyediakan, mengadakan: isterinya ~ makan pagi; 2. menyudahkan (menyelesaikan) sesuatu pekerjaan: berilah aku masa yg cukup utk ~ pekerjaan ini; 3. melengkapkan (mengemaskan) sesuatu utk: disiapkannya sebuah perahu utk belayar; 4. mengusahakan, membentuk, membuat: mereka sedang mempersiapkan sebuah undang-undang yg akan mencegah perbuatan rasuah; persiapan 1. perihal bersiap-siap (mempersiapkan): empat pasukan bola sepak sedang giat menjalani latihan sbg ~ utk merebut gelaran johan; 2. segala sesuatu yg disiapkan, kelengkapan, persediaan: ia pun pulang utk membuat ~ belayar; beberapa hari sebelum perkahwinan itu diadakan, ~ -~ telah dibuat; penyiapan perbuatan menyiapkan atau menyudahkan sesuatu (bangunan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudi | 1 sedia utk melakukan sesuatu; rela: Beberapa orang yg lalu-lalang telah ~ menghulurkan derma kpdnya. 2 mahu akan; suka: Aku tak ~ melihat mukamu. bersudikan berkenan (akan). menyudikan menggerakkan hati dll supaya sudi; menjadikan sudi: Apakah yg ~ engkau datang ke mari? mempersudikan meminta supaya sudi; mempersilakan: Beliau ~ para tetamu masuk. kesudian rasa sudi; kerelaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersiap | 1. = ~ sedia = ~ lengkap = bersiap-siap berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, berwaspada: setelah kelihatan itu, maka masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; 2. berkemas atau bersedia mengaturkan sesuatu: maka ia pun ~lah menghamparkan tikar yg cantik lalu menyuruh tamu naik; 3. Id siap (perintah dlm tentera); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
militan | 1. sedia utk berjuang atau berperang; 2. cenderung menggunakan keganasan, kekerasan, atau tekanan kuat utk mencapai sesuatu tujuan: pelajar ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedia | 1 selesai dibuat; sudah jadi; siap: Makanan sudah ~ di meja. Rumahnya sudah ~, tetapi pagarnya belum. 2 sanggup dan cekap melakukan sesuatu dll: Jika tuan-tuan memerlukan sebarang bantuan, kami ~ membantu. 3 memang ada sejak dr mula atau sejak dahulu. 4 memang begitulah keadaannya dll; memang selalu demikian halnya: Yg hidup ~ akan mati juga sudahnya. bersedia 1 bersiap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. 2 sanggup dan rela berbuat sesuatu: Kami ~ menolong saudara. menyediakan 1 mengadakan sesuatu utk tujuan tertentu: ~ wang utk pelajaran anak-anaknya; ~ kereta utk tetamu. 2 membuat sesuatu supaya siap; menyiapkan: Ibu sedang ~ makanan di dapur. sediaan bahan atau sesuatu yg disediakan khas, terutamanya ubat atau makanan: Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan sebarang ~ nikotin kerana boleh memberikan kesan pd janin. kesediaan hal atau keadaan sedia; kesanggupan: ~ tuan utk membantu sangatlah kami hargai. persediaan 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. 2 apa-apa yg disediakan atau yg sudah sedia: Mereka membuat ~ selama beberapa bulan utk perjalanan ke Kutub Utara. penyediaan perbuatan atau hal menyediakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedia | 1. memang ada (sejak dr mula atau dahulu), yg asal (sudah-sudah, dahulu), semula: Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang Singapura; 2. memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah (biasanya): yg hidup itu ~ akan mati juga sudahnya; kegemar-annya tetap macam ~; 3. siap (utk berbuat sesuatu), mustaid: tetapi sudahlah ~ kawannya memegang murang; 4. sanggup dan rela (mahu), sudi: Amerika ~ mengirimkan rombongan itu pd bila-bila masa sahaja; 5. telah sudah: Si Sirih telah ~ mengetahui perangai Si Tenggang; sedianya sememangnya, sebetulnya, sepatutnya, jangkanya: ~ hamba hendak ke rumah Tuan; bersedia 1. bersiap (utk melakukan sesuatu, menanti, dll): ~ utk menghadapi musuh; 2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri: ia sedang ~ utk berangkat; 3. rela dan sanggup: ~ menolong orang miskin; kebersediaan perihal (keadaan) bersedia: ~ utk tolong-menolong; menyediakan 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat ~ pancapersada; 3. mencukupkan (wang dll): ~ wang utk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu utk), mengatur, menyusun: wakil itu ~ kenderaan utk membawa mereka ke asrama yg dikhaskan; tersedia telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah ~; ketersediaan keadaan tersedia: ~ indeks; kesediaan perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka menampakkan ~ utk ber-juang demi bangsa dan negara; persediaan 1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); penyedia orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~ makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedia | 1 perbuatan atau hal bersedia; persiapan. | Kamus Pelajar |
sedia | 1 mengadakan sesuatu utk tujuan tertentu: ~ wang utk pelajaran anak-anaknya; ~ kereta utk tetamu. | Kamus Pelajar |
sedia | 1 bersiap utk melakukan sesuatu atau menanti sesuatu: Tentera kita sudah ~ menghadapi musuh. | Kamus Pelajar |
berlengkap | 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |