selurusnya | sebetulnya; sebenarnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selurusnya | sebenarnya, sebetulnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurus | 1. tidak bengkok, lempang: garis yg ~; keris bermata ~; 2. tegak betul: berdiri ~; garis yg tegak ~; 3. benar, jujur: ia menjawab dgn ~; ia seorang hulubalang yg gagah berani serta ~ dan setia kpd tuannya; 4. tidak bersalahan, tepat benar, betul: terjemahan ~; ~ hati = ~ akal tulus hati; ~ tabung terlalu jujur; terlampau ~, kurus, terlampau cerdik, terkedek prb hendaklah pandai-pandai berlaku atau membawa diri dlm pergaulan (jangan terlalu jujur dan jangan terlalu cerdik); selurusnya sebenarnya, sebetulnya; berselurus membuat sesuatu dgn jujur, berlaku lurus; selurusan berhadapan betul, setentang; melurus menjadi lurus: apabila kapal itu menjunam ke hadapan atau ke belakang, jarum kompas akan ~ balik; meluruskan menjadikan lurus (lempang, tegak, dll): ia ~ kakinya; ia pun membongkok akan membaiki dan ~ tegak rumpun padi; kelurusan 1. perihal lurus (lempang, tegak, dll); 2. perihal lurus (benar, jujur), kejujuran: ia dapat menunjukkan kecekapannya dan ~ hatinya; pelurusan perihal (proses) meluruskan seĀsuatu: projek ~ jalan itu; pelurus alat utk meluruskan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |