seukur | 1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a) sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham (dgn), seia sekata; ~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu ber-cerai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepadan | sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepadan | 1. sj tumbuhan (palma), pinang boreng, pinang buring, pinang bohong, pinang burung, pinang hutan, pinang kelasak, pinang pacat, pinang (palas) tikus, Iguanura geo-nomiformis; 2. = pinang ~ sj tumbuhan (palma), Iguanura wallichiana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepadan | kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepadan | sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. 3 dpt dipakai kerana sesuai ukurannya atau besarnya; muat: Kasut ini terlalu besar, tidak ~ dgn saya. | Kamus Pelajar |
rasi | 1 kumpulan bintang dua belas. 2 = serasi sesuai benar; secocok; sepadan: Dia ~ dgn saya. merasikan meramalkan nasib atau mengetahui jodoh dgn menilik bintang (mimpi dll). perasian ilmu ttg bintang utk menilik atau utk meramalkan; perbintangan. serasi 1 sesuai benar; secocok; sepadan. 2 ist keupayaan sesuatu peranti atau atur cara utk dijalankan pd komputer yg berlainan tanpa menukarkan peranti atau atur cara tsb. menyerasikan menjadikan sesuai atau secocok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sudut sepadan | sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinang sepadan | sj tumbuhan (palma), Iguanura wallichiana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setumbuk | ki sepadan, sesuai benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpadan | 1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~ dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |