bahawasanya | 1. bahawa; 2. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesungguhnya | sebenarnya; sebetulnya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sesungguhnya | 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesungguhnya | sebenarnya; sebetulnya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. | Kamus Pelajar |
azam I | kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita-cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk mencapai cita-cita yg diazamkan;keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sememangnya | sesungguhnya; sebenarnya: Budak itu ~ nakal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepatnya | 1. sesungguhnya, betulnya, sahnya; 2. tegasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanya | sebenarnya, sesungguhnya: ~lah kata saudara hamba itu; bahawa~ bahawa sesung-guhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memang | (mémang) sesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguhnya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebetulnya | sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |