kero I | (kéro) Id; tempat tidur ~ tempat tidur yg dibuat drpd besi yg bulat panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempat tidur kero | tempat tidur yg dibuat drpd besi yg bulat panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benah II | Jk; berbenah berkemas-kemas (tempat tidur dll);membenahi mengemaskan (tempat tidur dll), mengatur;pembenahan perihal membenahi, pengaturan: saya mampu melakukan ~ dan pembersihan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketiduran | 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelambu I | 1. sj kain kasa (atau kain berlubang halus-halus) yg dipasang menyelubungi tempat tidur (utk mencegah nyamuk); ~ punjut kelambu yg digantungkan pd satu tali sahaja; 2. kain, plastik dll yg menutupi sesuatu: ~ kereta; ~ Kaabah; berkelambu memakai (mempunyai) kelambu: tempat tidur yg ~; mengelambu bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh; pakaian ~ pakaian yg geleber (kerana terlampau longgar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pentas | 1. lantai (di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri; mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; pementasan perbuatan mementaskan (sandiwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tirai | 1. kain yg berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dll): kerja menghias pentas persandingan, langit-langit, ~, hamparan sudah siap; 2. kain yg dipasang labuh hingga ke lantai (utk menutup pintu, menyekat ruang, dll), tabir: ~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua buah bilik; ~ belakang latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll); ~ besi garis (sempadan) yg mengasingkan negara-negara blok komunis dgn negara-negara blok lain; ~ kelambu kelambu tempat tidur; ~-mirai berbagai-bagai jenis tirai; bertirai berpasang tirai, bertabir: pentas itu belum ~; bertiraikan menggunakan sesuatu (kain dsb) sbg tirai, bertabirkan: ruang itu ~ sehelai kain yg besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petiduran | tempat tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangking | tempat tidur drpd beberapa keping papan yg agak tinggi letaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petiduran | tempat tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |