Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usai (adjektif)
1. Bersinonim dengan sudah selesai: berakhir, bubar, habis, siap, beres, lengkap, sempurna, tamat, sudah,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan tidak tersusun: kusut, terurai, terselerak, tidak teratur, kusut-masai,
Berantonim dengan tersusun

3. Bersinonim dengan sudah lampau: sudah berlalu, sudah lepas,

Kata Terbitan : mengusai,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
usai I1 sudah selesai (bkn perhimpunan, pertunjukan dsb); berakhir; selesai; bubar: Pertunjukan itu telah lama ~. 2 habis: Wangnya ~. mengusai menjadi usai: Sekalian hadirin pun ~lah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
usai1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengusai1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
usai I1 sudah selesai (bkn perhimpunan, pertunjukan dsb); berakhir; selesai; bubar: Pertunjukan itu telah lama ~.Kamus Pelajar
bubar1. cerai-berai (orang ramai yg berkumpul dll), berserak-serak, bersurai: penunjuk-penunjuk perasaan ~ setelah polis mendapat bantuan lagi; 2. habis, selesai (mesyuarat, sekolah, dll), usai: ketika ia sampai, mesyuarat baru saja ~; 3. selesai tugas, berhenti (kabinet, pertubuhan, dll): syarikat kerjasama itu ~ kerana ahli-ahli tidak menunaikan tanggungannya; membubarkan 1. menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan: tunjuk perasaan itu dibubarkan polis; 2. menghabiskan (tugas dll), menghentikan (mesyuarat dll), meniadakan: baginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen;pembubaran perihal (tindakan dsb) membubarkan: ~ Dewan Rakyat; ~ syarikat; ~ Parlimen (Udg) perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan;pembubar 1. orang dll yg membubarkan; 2. (Eko) orang yg menyelenggarakan pembubaran sesuatu syarikat dll.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas