usang | 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar meng-kuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan baja (bkn tanah); ~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat yg sudah turun-temurun; mengusang menjadi usang; mengusangkan membiarkan sesuatu men-jadi usang (tidak subur lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kpd kelapa import; keusangan perihal (keadaan, sifat) usang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapuk I | 1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput: koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang; tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-pinda (adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang dibarui = usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang dipakai dihidupkan kembali; berlapuk bercendawan (kerana buruk, terdedah, tua, dll), tumbuh cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu; melapukkan menyebabkan jadi lapuk, mereputkan; kelapukan perihal lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usang | 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kropok | Jk 1. lapuk, usang; 2. kosong, berongga (tidak berisi), tidak berair isinya, keropok; 3. ki lemah, tidak bertenaga atau bersemangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lusuh | 1 sudah luntur warnanya atau sudah usang (bkn pakaian): Baju sekolahnya sudah ~. 2 berkerumuk atau kumal (bkn pakaian). melusuhkan menjadikan lusuh atau usang; mengumalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usang | 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). | Kamus Pelajar |
rombengan | 1. pakaian-pakaian yg sudah usang; 2. barang-barang yg lama atau rosak: barang-barang ~; tukang ~ pedagang barang-barang lama atau buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susut nilai | 1. (Eko) turunnya nilai barang modal spt mesin dan bangunan kerana telah usang, rosak atau haus; 2. (Eko) jatuhnya nilai suatu mata wang dlm sebutan mata wang lain; 3. berkurang atau merosot nilainya (bkn barang, modal dsb): mesin itu akan ~ setelah digunakan selama beberapa tahun; menyusutnilaikan menyebabkan barang, modal dsb susut nilai: mereka perlu menganggarkan berapa tahun utk ~ harta syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebek | (rébék) Jw 1. compang-camping, rompang-ramping (pakaian dll); 2. buruk, usang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguban | 1. menjadi uban, memutih (rambut); 2. menyerupai uban; 3. = mengubani men-cabut uban; 4. sudah usang (pakaian dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |