kisah ibarat | kisah yg watak-watak dan kejadian-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggarapkan | mengolahkan: lebih mencabar seandainya penulis ~ watak-watak spt Murni dan Mei Mei dlm konteks peleraian masalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dialog | 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kampung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pemandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesengajaan | perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garap | ; menggarap mengusahakan, mengerjakan: menyelesaikan ~ tanah;menggarapkan mengolahkan: lebih mencabar seandainya penulis ~ watak-watak spt Murni dan Mei Mei dlm konteks peleraian masalah;tergarap dapat diselesaikan (diusahakan): dia tahu ada sesuatu yg penting dlm hidup ini, namun tak ~ sampai sekarang; garapan sesuatu yg diusahakan, usaha, kerja; penggarapan perbuatan menggarap (mengusahakan, menyelesaikan) sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ternyah | telah disingkirkan (diketepikan, dihapuskan dsb), terhapus: kanak-kanak didedahkan kpd watak-watak “hebat” yg ~ drpd kualiti yg hendak dihasilkan oleh proses pendidikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehanyutan | perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa mengelamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperibadian | perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kisah | hal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~; mengisahkan menceritakan, meriwayatkan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; pengisahan perihal (perbuatan dsb) mengisahkan; pengisah tukang cerita (kisah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersahaja-sahaja | 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pengaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |