zon | 1 satu drpd lima kawasan (lingkungan) di permukaan bumi yg terbahagi mengikut garisan lintang dan suhu; kawasan: ~ panas; ~ sederhana. 2 kawasan atau daerah yg mempunyai sifat tertentu atau utk tujuan tertentu: ~ perang; ~ letak kereta bermeter. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zon perdagangan bebas | (Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg mengeluarkan barangan utk dieksport; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zon(zone) | Bahagian storan yang diperuntukkan bagi tujuan atau fungsi tertentu. | Kamus Komputer |
zon panas(hot zone) | Bahagian baris yang boleh ditentukan oleh pengguna pada jidar kanan halaman pemproses kata. Mana-mana teks yang terunjur ke dalam zon ini akan dipindahkan secara automatik ke permulaan baris baru. | Kamus Komputer |
zon | 1. salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, terutamanya yg terbahagi mengikut garis lintang dan suhu, mintakat: ~ sederhana; ~ sejuk; ~ panas; 2. kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat: ~ pengaruh; ~ damai; letak harga mengikut ~; 3. lapisan atau kawasan batu-batan yg dicirikan dgn fosil, kecacatan struktur, dsb tertentu: ~ air tanih; ~ air ampai; 4. bahagian sfera di antara dua satah yg selari yg memintasi sfera; 5. kawasan atau daerah yg berada di bawah sekatan atau peraturan tertentu dsb: ~ letak kereta bermeter; ~ tentera; ~ perdagangan bebas (Eko) kawasan yg disediakan khas utk pembinaan kilang yg mengeluarkan barangan utk dieksport; mengezonkan membahagikan kpd zon; pengezonan perbuatan (tindakan, kerja) mengezonkan sesuatu kawasan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bit zon(zone bit) | Bit khas yang digunakan untuk mewakili aksara angka abjad dalam sistem kod ASCII atau EBCDIC. | Kamus Komputer |
doldrum | (Geog) zon angin tenang yg berhampiran dgn khatulistiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengezonkan | membahagikan kpd zon; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
poskod | nombor atau huruf yg ditetapkan bagi zon (kawasan, jalan dsb) tertentu bagi memudahkan urusan pos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |