| sudut sepadan | corresponding angle | Pasangan sudut yang terbentuk apabila dua garis selari dipotong oleh satu garis. Kedua-dua sudut ini sama besarnya. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| matriks sama | equal matrix | Matriks yang mempunyai susunan dimensi yang sama dan semua unsur yang sama pada kedudukan yang sepadan. Contohnya, matriks (1 2 3) dan (1 2 3) ialah matriks sama. | Menengah Atas |
| fungsi | function | Hubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar. | Menengah Rendah |
| prisma | prism | Polihedron yang mempunyai dua permukaan selari dan kongruen (tapak), permukaan yang lain ialah segi empat selari yang terbentuk dengan pasangan bucu yang sepadan dengan dua tapak itu. Lihat rajah | Menengah Atas |