| kuasa I | 1. daya atau kemampuan (utk melakukan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut “enam kuasa tiga”, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapatdapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya; berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; menguasakan memberi kuasa kpd, mewakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau menguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai penguasaan; penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hubung | ; berhubung 1. berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi telefon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersambung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; menghubungkan 1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini berkenaan apa yg telah dinyatakan (diterangkan) atau yg sedang dibincangkan; ~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant) hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara; sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn; perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai perantaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kementerian yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalamnya; ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~ darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perundingan secara kolektif dsb; penghubungan perihal atau perbuatan menghubungkan; penghubung (alat, orang, dll) yg menghubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perintah | 1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan, suruhan: guru memberi ~ “lompat” dan murid sekalian serentak melompat; manusia dipertanggungjawabkan oleh agama supaya melaksanakan segala ~ Tuhan; atas ~ dgn perintah, utk melaksanakan segala perintah; di bawah ~ a) diarahkan oleh; b) di bawah pimpinan; c) masuk dalam lingkungan (kawalan); surat ~ surat yg mengandungi perintah; 2. peraturan drpd kerajaan atau pihak yg berkuasa yg harus dipatuhi: kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan semua tunjuk perasaan di seluruh negara; 3. kata-kata suruhan (dlm perbarisan dll), aba-aba, komando; ~ berkurung perintah yg melarang orang keluar dr rumah pd masa-masa yg ditentukan; ~ halus perintah yg berupa nasihat (cadangan dll); ~ keras perintah yg mesti dipatuhi; seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dll): menurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak; memerintah 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melakukan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri; memerintahi 1. memberi (mengeluarkan) perintah kpd: sbg ketua ia ~ orang-orang di bawahnya; 2. membawahkan, memimpin; 3. ark memerintah (menguasai dan mengendalikan): selama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun; memerintahkan 1. memberikan perintah kpd, mengarahkan supaya mengerjakan: ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh; 2. memerintah (menguasai dan mentadbir negeri dll): duduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja; 3. mengelolakan, mengurus (kawasan dll); terperintah diperintah, dikuasai: bagi saya orang yg ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti; pemerintahan perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pemerintahan yg tidak dibatasi oleh undang-undang; pemerintah 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tahan I | 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurangkan kesukaran yg dideritai; b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diperdaya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm penjara (utk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menyekat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permintaan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup menderita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menanggung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menahan orang, penjara: saya telah dilemparkan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: sekarang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mempertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memperkukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) menahan orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dsb utk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |