| lelah | 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap termengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenatan; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lelah II | Mn; selelah sejauh, setakat mana jauhnya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| henti | ; tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus; sehenti mempunyai atau menyediakan pelbagai perkhidmatan atau barangan yg berkaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; berhenti-henti tidak terus-menerus, terputus-putus; memberhentikan 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diberhentikan; 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab yg sama; pemberhentian perihal atau perbuatan memberhentikan (diberhentikan), pemecatan: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; menghentikan, memperhentikan memberhentikan; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; hentian 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara: ~ glotis; ~ implosif; ~ glotis (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba; ~ implosif (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menghalang aliran udara di glotis yg bergerak masuk ke dalam saluran udara; ~ sebelah tempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya; penghentian hal atau perbuatan menghentikan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan; perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| titik I | 1. titis, derai (air dll): drpd kelopak mata-nya mengalir ~-~ air mata meminta belas kasihan; hujan masih turun setitik-setitik; 2. = bertitik keluar atau jatuh berderai-derai: hujan ~ semula dan kilat sesekali memancar; darahnya ~ ke bumi; ~ buta (Ubat) bahagian retina yg tidak peka terhadap cahaya; ~ lidah sl perkataan; ~ peluh penat lelah (usaha yg bersungguh-sungguh); ~ drpd mulutnya sl dikatakan (diucapkan, dijanji-kan, dll); ~ selera sangat inginkan (sesuatu makanan); biar ~ jangan tumpah prb biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar; takut ~ lalu tumpah prb hendak meng-elakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar; ~ ditampung, meresap dipalit prb pemberian atau penghasilan meski sedikit pun akan diterima jua; bertitik, menitik menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; dititik belah, dipalu datar prb kerosakan yg tidak dapat diperbaiki lagi; menitiki menitiskan (air dll) pd; menitikkan menjatuhkan (menyebabkan ke luar) bertitik-titik, menitiskan (air dll): doktor itu mencuci matanya dan ~ ubat ke dlm kelopak matanya; titikan titisan (air dll); penitikan perihal menitikkan sesuatu, peni-tisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| puisi | karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan sesuatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjukkan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, menulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| batuk | 1. = berbatuk mengeluarkan nafas dr paru-paru dgn keras dan bising bunyinya; 2. bunyi seseorang batuk: adikku ~ sahaja semalam-malaman tadi; tidak dapat saya pejamkan mata sedikit pun kerana ~nya; 3. penyakit (keadaan) yg menyebabkan seseorang kerap batuk atau batuk berulang-ulang: ubat utk melegakan ~; ~ barah batuk yg berdahak; ~ barah angin batuk yg tidak berdahak; ~ darah batuk dgn mengeluarkan darah; ~ jerih = ~ lelah sesak nafas, senak; ~ kecil berdeham; ~ kering batuk yg tidak berkahak (kerana TB); ~ kokol = ~ mengokol(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu; ~ rejan batuk yg keras (pd anak-anak); melepaskan ~ di tangga prb melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh; berbatuk batuk; membatukkan batuk dgn sengaja (kerana sesuatu, mis utk mengeluarkan dahak dll); ~ darah batuk dan mengeluarkan darah; terbatuk-batuk batuk dgn tidak tertahan-tahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| susah | 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. 2 tidak mudah melakukannya (mendapatkannya; mencarinya dll); sukar; sulit: Latihan yg dijalani itu amat ~ dan berat. ~ payah berbagai-bagai kesulitan atau kesukaran. 3 serba kekurangan; miskin; papa: Kita hendaklah menolong orang-orang yg ~. bersusah melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. menyusahkan 1 menyebabkan menjadi susah; menyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. kesusahan 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| senang | 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyukakan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kenal | tahu sedikit banyak ttg diri seseorang; pernah bersahabat atau pernah berjumpa dgn seseorang: Saya tidak ~ akan orang itu. ~-~ Cina baru kenal dan belum mesra lagi. berkenalan bersahabat; bercampur; bergaul: Saya sudah lama ~ dgn dia. berkenal-kenalan melakukan sesuatu supaya kenal antara satu dgn yg lain: Kedatangan mereka adalah utk ~ dgn kita. mengenal tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui: Dia bekerja pagi petang dgn tidak ~ penat lelah. mengenali mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dll dgn lebih mendalam: Orang ramai ~nya sbg seorang yg pemurah. memperkenalkan 1 memberitahukan nama dll supaya dpt berkenal-kenalan: Beliau telah ~ sahabatnya itu kpd saya. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt diketahui: Buku ini ditulis utk ~ satu kajian yg mudah mengenai Geografi Kawasan kpd murid-murid. terkenal diketahui umum; termasyhur; ternama: Malaysia ~ dgn bijih timah dan getahnya. kenalan orang yg sudah dikenal; sahabat. perkenalan perihal berkenalan: ~ itu telah menjalin satu hubungan mesra antara mereka. pengenalan perihal (perbuatan) kenal atau mengenali: Pd masa dahulu, ~ sesuatu kaum adalah mengikut kegiatan ekonomi mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ubat I | 1. benda yg digunakan (dimakan, disapu-kan, dll) utk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan: jangan makan apa-apa ~ yg lain, melainkan jika disuruh oleh doktor; ahli ~ orang yg mahir dlm (membuat) ubat; ilmu ~ pengetahuan bkn ubat; kedai ~ = rumah ~ tempat menjual ubat; 2. bahan kimia utk sesuatu atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sbg racun serangga dll): air mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh kuman; 3. = ~ bedil = ~ pasang ark mesiu: kehabisan ~ dan peluru; 4. jampi, guna-guna, mantera; 5. bp = ~ lampu picit bateri kering (utk lampu picit dll); ~ angin ubat utk menyembuhkan penyakit masuk angin; ~ basah ki khabar yg tidak dipercayai orang; ~ batuk ubat utk menyem-buhkan batuk; ~ bedil a) peluru; b) bahan ledakan utk peluru senapang, meriam dll; ~ bius = ~ lali ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit (sewaktu men-jalani pembedahan); ~ dalam ubat yg ditelan atau dimakan; ~ getah sj cuka utk membeku-kan susu getah; ~ gigi bahan yg spt krim, biasanya berwarna putih yg digunakan semasa menggosok gigi; ~ guna sesuatu yg dijampi utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ hati pelipur hati; ~ jerih a) upah yg diberikan, dalal; b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih; ~ kampung ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai ramuan (berlainan drpd ubat yg diberikan oleh doktor di hospital); ~ kelat bermacam-macam ubat; ~ kuat ubat utk menguatkan badan; ~ lelah a) ubat utk meng-hilangkan lelah; b) ki upah, dalal; ~ luar ubat yg disapukan (tidak dimakan); ~ mata ubat utk menyembuhkan sakit mata; ~ nyamuk ubat utk membunuh atau menghalau nyamuk; ~ pekasih = ~ pengasih bahan berjampi dsb utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ peluru bahan ledakan utk peluru; ~ periuk ubat kampung utk perempuan yg baru lepas bersalin; ~ rumah ubat-ubat yg tersedia di rumah; ~ sedut ubat mudah meruap yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb; ~ tasak ubat (jampi dsb) utk menahan darah; ~ tidur a) ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur; b) ubat bius; ~ jauh, penyakit hampir prb dlm kesusahan sukar mendapat pertolongan; ubat-ubatan 1. bermacam-macam ubat: ~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya; 2. ramuan utk membuat ubat; berubat 1. memakai (menggunakan dsb) ubat: bagaimana hendak sembuh kalau tidak ~? 2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kpd: pd doktor mana engkau hendak ~? 3. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati: sesudah lama ~, baru dia sembuh; ~ hatiku ki sudah terhibur hatiku; mengubati, mengubat 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. meng-hibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; mengubatkan 1. menggunakan sesuatu sbg ubat, menggunakan sesuatu utk mengubat(i); 2. = memperubatkan menyembuhkan (meng-ubati) dgn; terubat 1. dapat diubat (disembuhkan, dipulih-kan dsb): penyakit mereka itu tidak ~; 2. ki dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dsb), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dsb setelah memperoleh sesuatu: kerinduan pd ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; kuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dgn keluarga nanti; terubati sl dapat diubati, sanggup diubati: adapun penyakit kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian; ubatan jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; orang ~ orang yg pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna, dsb): ada seorang orang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa; perubatan perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati: ilmu ~; jabatan ~; pakar ~; pengubatan perihal mengubati (menyem-buhkan penyakit, pesakit, dsb); balai ~ tempat mengubat orang sakit, klinik; pengubat sesuatu yg digunakan utk meng-ubat(i); ~ hati ki penghibur hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |