Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mulut (kata nama)
1. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan liang, rongga, muncung, muara, kuala, pintu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan percakapan.


Puisi
 

Cincin ada di jari manis,
     Cincin di jari si anak raja;
Dengar ke mulut sangatlah manis,
     Nak hidup bersama nak mati berdua.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Mulut tabuh dapat disumbat,
     mulut orang bagaimana menyumbatnya.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(9)

274

Don't jump from the flying pan into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
epos(épos) puisi (sajak) pahlawan yg diperturunkan dr mulut ke mulut.Kamus Dewan Edisi Keempat
kotor1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemar­kan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), ke­burukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotor­kan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menonggakmenuangkan air dll ke mulut dr cerek (kendi dll), menuangkan ubat dll ke mulut.Kamus Dewan Edisi Keempat
tonggak II;menonggak menuangkan air dll ke mulut dr cerek (kendi dll), menuangkan ubat dll ke mulut.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyuapkanmemasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyuapkanmemasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya.Kamus Pelajar
muncung1 mulut yg panjang (spt mulut anjing, mulut babi). 2 panjang dan tirus ke hujung (bkn bentuk sesuatu): mulutnya ~. 3 mulut cerek dsb; cerat: ~ cerek; ~ teko.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suap menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya.Kamus Pelajar
muncung1 mulut yg panjang (spt mulut anjing, mulut babi dll). 2 panjang dan tirus ke hujung (bkn bentuk sesuatu): mulutnya ~. 3 mulut cerek dsb; cerat: ~ cerek; ~ teko.Kamus Pelajar
cekuk IIubat yg dimasukkan ke dlm mulut dgn paksa; mencekuk memberi minum ubat dgn paksa; mencekukkan memasukkan ubat ke dlm mulut dgn paksa: ibu ~ ubat air ke dlm mulut Hasnah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas