| bersendar | berdengkur (tidak kuat), berkeruh: Tamin sudah ~-sendar kecil di sisi-nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sendar | ; bersendar berdengkur (tidak kuat), berkeruh: Tamin sudah ~-sendar kecil di sisi-nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| iring II | lambung, samping, sisi: sedang mereka berpelukan itu diambillah gambar dr sebelah ~ mereka oleh jurugambar; mengiring 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; mengiringkan menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan; iringan sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sisi | 1 arah atau bahagian tepi sebelah kanan atau sebelah kiri sesuatu benda: Saya tidak dpt mengecamkannya kerana saya melihat dia dr ~. 2 sudut sesuatu pandangan: Dr ~ masyarakat, perkara itu memang salah. 3 garis yg menyempadani sesuatu rajah (segi tiga, segi empat dsb). menyisi 1 pergi ke sisi; menepi. 2 berjalan dsb di sepanjang tepi sesuatu; menyusur. menyisikan membawa ke sisi; meletakkan di sisi; mengesampingkan. di sisi 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. ke sisi (pergi dsb) ke tepi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sisi | 1. bahagian yg di kiri atau di kanan sesuatu benda, rusuk, samping, tepi: dia lari dr ~ku; lukisan badan ikan itu dilihat dr ~; 2. garisan lurus yg menyempadani (membatasi) sesuatu bidang, penjuru, segi: di tiga ~, dia dikelilingi oleh air; 3. segi, sudut, pihak (pandangan dll): mereka memandang dr ~ mereka sahaja; di sisi 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suaminya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghiburhiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mempunyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; ke sisi ke tepi, ke samping; dikesisikan diketepikan, dikesampingkan; bersisi, bersisi-sisian berdampingan, berdekatan (berjalan, duduk, dll): telah menjadi kesenangan baginya berjalan ~-sisian dgn dia ke mana-mana; menyisi 1. pergi ke sisi (ke tepi, ke samping), menepi; 2. berjalan dll di sepanjang tepi (birai, pinggir), menyusur; menyisikan 1. membawa dll ke sisi (ke tepi); 2. mengetepikan (kerana tidak penting dll), mengesampingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| damping I | 1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatannya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~; berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apabila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), menghampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (mengasingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; mendampingkan 1. meletakkan (mendudukkan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow; kedampingan ark kerapatan, kekariban (perhubungan dsb), keeratan; perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya. pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal; pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan nasihat, semangat, panduan dsb): kedudukan wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan dsb utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi linguistik atau kebahasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| iringan | sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| di sisi | 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sisi | 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. | Kamus Pelajar |
| rusuk I | 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: berjalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |