| rindu-merindui | saling berasa rindu: tentunya mereka ~ ketika berjauhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| abah I | arah, tuju: tak tentu ~nya; mengabah menuju; mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghilir mudik | berbuat sekehendak hati; berjalan ~ berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| haluan | 1 bahagian depan perahu dll: Dia berdiri di ~ perahu. 2 hala perjalanan dll; arah; jurusan: Mereka lari lintang-pukang tidak tentu ~nya. 3 sesuatu yg dihajati; maksud; cita-cita; tujuan. sehaluan satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| haluan | 1. bahagian depan perahu dll: Dia berdiri di ~ perahu. 2. hala perjalanan dll; arah; jurusan: Mereka lari lintang-pukang tidak tentu ~nya. 3. sesuatu yg dihajati; maksud; cita-cita; tujuan. sehaluan satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan. | Kamus Pelajar |
| hilir mudik | ke sana ke mari, pergi balik; sehilir semudik satu tujuan, sefahaman, sehaluan; menghilir mudik berbuat sekehendak hati; berjalan ~ berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); menghilirmudikkan melakukan (memperbuat) sesuatu sekehendak hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| haluan | 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cengli (céngli) | patut, memang, sudah semestinya, tentu sekali, masuk akal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| punca I | 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ejen | (éjén) 1. orang (syarikat dsb) yg menjalankan perniagaan utk orang lain, wakil penjual: barang-barang gudang kalau dibeli drpd ~nya tentu lebih murah; 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll): beberapa orang ~ musu | Kamus Dewan Edisi Keempat |