Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Hitam-hitam si tampuk manggis,
     Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
     Putih kuning tinggal dahulu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Luruh upih pergam datang;
     suruh putih hitam datang.

Bermaksud :

Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Suruh putih, hitam datang.Lain yang diingini, lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang.Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lepas putih hitam tak dapat.Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Putih dikejar, hitam tak dapat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putih dikejar, hitam tak dapat.Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Lepas putih hitam tak dapat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih.Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah.Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam.Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan kucing bertanduk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas