Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Keluang keluwi terbang terlentang,
     Singgah sekejap di pokok sirih;
Putus duit boleh berhutang,
     Putus kasih susah nak boleh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher.Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggali lubang, menutup lubang.Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumbing menitik, patah mengimpal.Berhutang membayar; salah dihukum. titik dan kimpal = tempa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tutup lubang, gali lubang.Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai udang bertahi di kepala.Orang yang sentiasa berhutang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak bertanduk kepala dipahat.Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah terkalang.Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah terganjal.Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Samir tak habis, kajang pula.Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula). samir = daun nipah yang dikeringkan dipakai untuk menutup muatan: kajang = sebangsa tikar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebanyak hutang si Jibun.Sangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas