Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pang.kat] | برڤڠکت

Definisi : 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bang­sawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. ber­kedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pang.kat] | برڤڠکت

Definisi : 1 mempunyai darjat atau martabat: Mereka orang ~, masakan hendak bergaul dgn kita. 2 berkedudukan (dlm jawatan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,

Kata Terbitan : berpangkat,

Peribahasa

Bukit sudah menjadi busut.

Bermaksud :

Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pulai berpangkat naik, manusia berpangkat turun.Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukit sudah menjadi busut.Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dulu besi, sekarang timah.Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Babi merasa gulai.Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya). merasa gulai = mencuba masin pedas gulai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat lurah timbunan sarap.Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dulu permata intan, sekarang batu Belanda.Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dulu besi, sekarang timah, b. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dulu intan, sekarang jadi batu buatan.Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dulu besi, sekarang timah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat teluk timbunan kapal (= kapar).Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan.Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. (Biasa juga: Itik di air mati kehausan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas