| Sudah masuk ke dalam mulut harimau. | Tiada dapat ditolong lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti gajah masuk kampung. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya terhadap orang yang lemah (orang kecil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tebu masuk di mulut gajah. | Binasa sama sekali (tak dapat ditolong lagi). (Bandingkan dengan: Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga. | Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. | Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila. | Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |