| Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memelihara gajah putih. | Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti gajah putih ditambat. | Seseorang yang merugikan orang yang memeliharanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |