Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur. | Siapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa berkotek, siapa bertelur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa makan cabai (= lada), ialah berasa pedas (= kepedasan). | Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat pulau limburan pasang. | Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kera menegurkan tahinya. | Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting. | Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah. | Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih. | Kerukunan hidup orang-orang yang sekaum ialah yang seia-sekata, sehina-semalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing. | Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya. | Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan. kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |