| Mengepit kepala harimau. | Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memakai kulit harimau. | Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diberi berkuku hendak mencengkam. | Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Duri di hutan siapa pertajam. | Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di bawah ketiak orang. | Di bawah kekuasaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri. | Orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mati tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana kaul. | Hidup dan mati adalah di dalam kekuasaan Tuhan. kaul = nazar, niat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditindih yang berat, dililit yang panjang. | Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |