| Duduk dengan cupak dan gantang. | Ketua yang adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana. | Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat. | Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. | Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membangkit-bangkit batang terendam. | Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. | Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merasuk seperti polong tak berjinjang. | Berkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |