Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertitah lalu, sembah berlaku. | Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Titah lalu, sembah berlaku. | Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertitah lalu, sembah berlaku). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pancing makan umpan. | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sokong membawa rebah. | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tongkat membawa rebah. | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pagar makan padi (= tanaman). | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pancing makan umpan, b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita. | Kita yang berusaha, orang lain yang senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau getah meleleh, kalau daun melayang. | Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun. | Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |