Sealak-alak beras akan penyaram. | Anggaran belanja yang secukup-cukupnya. sealak-alak = secukupnya; penyaram = semacam kuih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tepung di tangan pengadun. | Orang yang lemah dalam tangan orang yang berkuasa. pengadun = pembuat kuih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana lemping terbuang. | Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. | Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |