Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merajuk pada yang kasih, marah kepada yang takut.Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ombak membanting sendirinya.Marah yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beruras katang-katang.Sangat marah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai diurap dengan daun katang-katang, b. Dilumas dengan daun katang-katang). beruras = dilumas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rasa pedih cuping telinga.Marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ular dikutik ekor.Marah yang amat sangat; bergerak cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti harimau lepas tangkap.Marah dan bengis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan harimau makan anaknya.Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah dipandang seperti kuman.Terlalu marah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas