Bagai limau masam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masam bagai nikah tak suka. | Berdukacita. masam = merengus, bersut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam. | Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam. | Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lewat di manis, masam; lewat di harum, busuk. | Hilang yang baik, timbul yang jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minum cuka pagi hari. | Bermuka masam sepanjang hari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai perahu karam sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak ajung berat sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |