| Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. | Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. | Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar. | Seseorang yang memperoleh sesuatu yang disukainya maka sukarlah hendak dilepaskannya. (Bandingkan dengan: Tebu masuk di mulut gajah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tebu masuk di mulut gajah. | Binasa sama sekali (tak dapat ditolong lagi). (Bandingkan dengan: Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah masuk ke dalam mulut harimau. | Tiada dapat ditolong lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar. | Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |