Bersuluh tengah hari. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersuluh menjemput (= minta) api. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi terang lagi bersuluh. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggantungkan kain kotor di muka pintu. | Perbuatan yang pandir, yang memberi malu diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya. | Perbuatan yang pandir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |