Riuh seperti Cina karam. | Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Riuh gigil seperti Cina kayuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Riuh gigil seperti Cina kayuh. | Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. gigil = bergoncang, gementar keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunyi Cina karam. | Ramai (= riuh) sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bunyi perempuan di air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ombak purus. | Suara riuh-rendah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong. | Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai bunyi perempuan di air. | Ramai (= riuh) sekali. di air = di tempat mandi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai langau mengerumuni bangkai. | Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tetaguk di rumah tinggal. | Bekerja sendirian, tetapi riuh bunyinya. tetaguk = burung pungguk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana katak di harung ular. | Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |